Friday, February 19, 2021

SCIENCE KSSM FORM 4 CHAPTER 2 : SHORT & SWEET QUIZ :EMERGENCY HELP - Cardiopulmonary resuscitation (CPR) & Heimlich Maneuver




LETS TRY THIS QUIZ!

 https://www.liveworksheets.com/c?a=s&t=b05fuh7vsqu&sr=n&l=nm&i=uscdutz&r=ev&db=1

Wednesday, July 3, 2019

PROGRAM PEMANTAPAN PDP GURU SAINS SEKOLAH BERASRAMA PENUH ZON TENGAH 2019


 PROGRAM PEMANTAPAN PDP GURU SAINS SEKOLAH BERASRAMA PENUH
 ZON TENGAH 2019
26 JULAI 2019
SEKOLAH SERI PUTERI CYBERJAYA

Alhadulillah, syukur ke hadrat Ilahi diberi peluang untuk menyampaikan ilmu dan pengalaman dalam pembinaan item untuk dikongsi bersama-sama dengan guru-guru dari seluruh Sekolah Berasrama Penuh Zon Tengah.
semoga dengan perkongsian ini, guru-guru Sains SBP Zon Tengah akan dapat menghasilkan item pentaksiran yang berkualiti sekaligus dapat memantapkan pengetahuan dengan ilmu pentaksiran yang akhirnya dapat mentaksir murid dengan baik!











PEMERKASAAN SAINS PT3 2019 JPWPP



 PEMERKASAAN SAINS PT3 2019 WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA
19 - 20 JUN 2019
SCIENCE SUITE, SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH












Sunday, June 23, 2019

PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD)



Musim pelaporan PBD datang lagi.. seperti tahun lalu, bulan Jun merupakan bulan pelaporan setengah tahun bagi PBD..
mulai 2019, pelaporan PBD tingkatan 3 mula dilaksanakan mengikut kelas..
untuk itu, dikongsikan di bawah link bagi Modul pelaporan PBD mengikut kelas tingkatan 3..
untuk tingkatan 1 dan 2 juga saya sertakan bersama-sama bagi memudahkan guru-guru memuat naik borang yang telah disediakan oleh pihak BPK, KPM..


PELAPORAN PBD MENGIKUT KELAS TINGKATAN 3

PELAPORAN PBD MENGIKUT KELAS TINGKATAN 2

PELAPORAN PBD MENGIKUT KELAS TINGKATAN 1

Selamat mengisi pelaporan PBD setengah tahun 2019!


Sunday, April 14, 2019

PENGHASILAN VIDEO STEM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2016


PENGHASILAN VIDEO STEM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
2016

TAJUK : BILA BAYU BERPUPUT…
             WHEN THE BREEZE BLOWS...

PAUTAN LAMAN SESAWANG : 

 major throwback...penghasilan video STEM KPM pada tahun 2016..satu pengalaman yang amat bermakna..bermula daripada kerangka konsep, penulisan skrip sehinggalah ke proses akhir embikinan video STEM ini merupakan satu perjalanan yang panjang namun amat bermakna.pelbagai pengalaman pahit manis dikutip sepanjang jalan menyiapkan sebuah video yang diharakan dapat memberi manfaat kepada anak bangsa khasnya!



ITEM CONTOH PT3 KSSM MULAI 2019

Akhirnya..yang ditunggu-tunggu telah pun ada di depan mata..
contoh item PT3 Sains KSSM format baharu mulai tahun 2019..



SURAT SIARAN LP BIL.5/2018: FORMAT PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 BAGI MP KSSM MULAI TAHUN 2019


ITEM CONTOH SAINS PT3

Selamat mencuba!

model instruksi 5E

Alhamdulillah akhirnya berjaya menjenguk blog ni...
Kali ini cikgu  nak berkongsi apa sebenarnya model instruksi 5E. Model pembelajaran ini adalah didokong oleh pembelajaran bersifat inkuiri penemuan iaitu gaya pembelajaran aktif mengikut Teori Konstruktivisme dimana pelajar membina pengetahuan sendiri..
Bagi guru-guru  yang merancang untuk menjalankan aktiviti inkuiri tu lebih cantik seandainya menulis RPH berdasarkan 5 fasa berikut.

Fasa 1 : Melibatkan (Engage)

·    Fasa ini melibatkan pelajar secara langsung dalam memahami konsep baru yang dipelajari oleh mereka.
· Pelajar diminta menjawab soalan, mengenalpasti masalah dan boleh memberikan pandangan dimana miskonsepsi berkaitan konsep sains yang dipelajari boleh dikenalpasti.


·  Aktiviti yang boleh dijalankan seperti sesi sumbangsaran, menonton video, demonstrasi
   guru dan aktiviti hands on.

Fasa 2  : Meneroka (Explore)

·   Fasa ini melibatkan pelajar meneroka pembelajaran mereka. Dari situ, mereka akan membentuk pemikiran baru dan menghubungkan dengan pengetahuan sedia ada.
·  Aktiviti yang boleh dijalankan seperti eksperimen, penyiasatan, aktiviti hands on, membina model.

Fasa 3  :  Menerangkan (Explain)

·   Fasa ini melibatkan pelajar menerangkan hasil kerja atau dapatan mereka daripada aktiviti yang telah mereka laksanakan di fasa meneroka.
·    Melalui penerangan secara individu atau berkumpulan akan menghasilkan perkongsian idea dan percambahan ilmu pengetahuan di kalangan pelajar.
·    Aktiviti yang boleh dijalankan seperti pembentangan, Gallery walk, lakonan semula.

Fasa 4  :  Menghuraikan (Elaborate)

·   Fasa ini mencabar kefahaman konsep yang diterangkan oleh pelajar di dalam fasa menerangkan.
·   Melalui fasa ini miskonsepsi diperbetulkan. Jika tiada miskonsepsi, melanjutkan lagi pemahaman
    mereka tentang konsep yang dipelajari.
·   Aktiviti yang boleh dijalankan seperti pengaplikasian konsep sains dalam kehidupan harian.

Fasa 5  :  Menilai (Evaluate)

·   Fasa ini melibatkan penilaian keseluruhan penguasaan dan kefahaman pelajar yang terbina
     daripada standard kandungan dan standard pembelajaran yang ditetapkan pada hari tersebut.
·     Guru bole menilai kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai oleh pelajar. Penilaian boleh jadi formatif atau sumatif
·     Contoh penilaian adalah kuiz, ujian, pemerhatian guru, pelajar membuat refleksi atau penilaian mengikut rubrik yang ditetapkan.