Sunday, October 24, 2010

Saturday, October 16, 2010

SAINS PMR 2010

Alhamdulillah..semua pelajar tingkatan 3 2010 umumnya, putera-putera SAS terutamanya telahpun selesai menduduki PMR..
Harapan semua guru Sains SAS : 100% A
setelah puas berusaha, sedaya upaya mencuba, marilah kita sama-sama berdoa agar kita semua akan berjaya memperoleh A dalam Sains dan moga-moga semua akan berjaya memperoleh 8A !

Thursday, October 14, 2010

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2010

Assalamualaikum..
Anak-anak 1 Jaya dan juga 2 Cita terutamanya..
SELAMAT MAJU JAYA..
segala persiapan, persediaan telahpun kita usahakan..
tibalah masanya untuk kita sama-sama berperang untuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan diri demi mempersiapkan diri untuk menghadapi peperiksaan yang lebih besar, PMR pada tahun mendatang..
semoga kalian memperoleh kejayaan, setimpal usaha yang telah dilakukan..
cikgu doakan agar kalian bukan sahaja berjaya dengan cemerlang, malahan dapat mengaplikasikan segala ilmu Sains yang telah diperolehi dalam kehidupan harian dan juga menjadi insan yang tahu mensyukuri nikmat kurniaan Allah..